DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menyita dan mengeluarkan kompaun kepada penjaja warga asing di sekitar kawasan Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India dalam satu langkah tindakan khas pada Khamis.
Berdasarkan Undang – undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016, kompaun dan tindakan menyita barangan jualan boleh dilakukan oleh atas kesalahan tiada lesen yang sah untuk mengendali perniagaan.
Teruskan MembacaDalam operasi itu, 35 notis kompaun telah dikeluarkan oleh DBKL ke atas pelbagai kesalahan termasuk kereta yang menghalang lalu lintas mengikut Akta Pengankutan Jalan 1987 dan Kaedah – kaedah Lalulintas Jalan 1959.
Kesemua barang yang disita akan ditempatkan di Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras untuk siasatan dan rekod dokumentasi.
Selain itu, tindakan pemantauan itu diteruskan dari semasa ke semasa dengan agensi penguatkuasaan lain selepas ini.
Untuk info, berdasarkan hantaran DBKL di aplikasi X, tindakan khas ini melibatkan pemeriksaan terhadap aktiviti premis perniagaan, penjajaan, halangan kaki lima, pengendali / pembantu warga asing, gerai tanpa lesen, halangan lalu lintas, iklan haram, papan tanda bahasa asing, kebersihan dan lain – lain kesalahan am. — KL VIRAL