Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar semua Ahli Parlimen agar tidak memandang enteng terhadap kehadiran dan menyampaikan perbahasan berkualiti dan berasas sepanjang persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada Isnin (esok).
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Teruskan Membaca“Kehadiran, perbahasan mesti baik dan berasas,” katanya.
Baca juga: 5 amalan digalakkan sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan
Anwar turut menyampaikan ucapan di Sesi Taklimat Pra Persidangan Dewan Rakyat di Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad.
Selain amanat Perdana Menteri, semua Ahli Parlimen turut mendengar taklimat berkaitan perjalanan Parlimen daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Sesi yang berlangsung kira-kira tiga jam bermula pukul 9.30 pagi itu turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 bermula esok sehingga 27 Mac depan.
Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 dan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Soal Kewarganegaraan dijangka menjadi tumpuan. — KL Viral