RAMADAN adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam lebih-lebih lagi apabila mengetahui tentang manfaat dan kebaikan yang diperoleh dalam bulan mulia tersebut.
Semoga ada rezeki buat kita semua agar bertemu kembali bulan yang mulia, bulan Ramadan Kareem. KL VIRAL ingin kongsikan 5 persediaan bagi menyambut bulan Ramadan:
Teruskan Membaca1. Amalkan untuk tidur dan bangun awal
Tidur amat penting bagi badan manusia agar mendapat tidur yang cukup sekali gus mengajar kita untuk bangun sahur. Seeloknya, bangunlah awal 30 minit sebelum sahur supaya kita boleh menunaikan solat sunat dan mendapat pahala.
2. Memperbanyakkan zikir
Zikir dapat menghindarkan kita dari syirik secara sedar atau tidak dan bertujuan untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita di dunia.
Di samping itu, dengan berzikir kita dapat berlindung daripada sebarang kejahatan sekali gus mendapat keredhaan Allah SWT.
3. Meluangkan lebih masa membaca Al-Quran
Carilah masa yang terluang dengan membaca Al-Quran kerana dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat suci yang boleh membersihkan jiwa serta membuatkan hati kita lebih tenang.
Selain itu, dalam sabar menunggu ketibaan Ramadan, kita juga dapat pahala dengan membaca ayat suci Al-Quran.
4. Meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat
Latih diri kita untuk meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat, perbuatan maksiat dan perbuatan dosa.
Penuhilah bulan Ramadan dengan amal ibadah soleh agar kita bersedia menhadapi segalan cabaran ketika kita sedang berpuasa. Banyakkan bersabar, bercakap dengan kata-kata yang baik dan bersedekah.
5. Mendekatkan diri dengan masjid
Mula berjinak-jinakkan diri untuk sering ke masjid dan solat berjemaah secara tidak langsung boleh merapatkan silaturahim bersama jirang tetangga dan sesama muslim.
Keberkatan hadir ke masjid dan solat berjemaah lebih tinggi pahalanya dengan niat mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Tidak semestinya beramal hanya dengan mendekatkan diri dengan masjid, walaupun tidak berada di masjid, kita masih boleh mengamalkan perkara yang bermanfaat. — KL Viral
Baca juga: