TAMAN awam telah sekian lama menjadi tempat kunjungan seisi keluarga dan orang ramai daripada semua peringkat umur untuk melepaskan lelah daripada kesibukan kehidupan harian.
Keindahan semulajadi taman rekreasi di negara kita sangat menakjubkan sehinggakan sukar bagi KL Viral untuk memilih yang terbaik.
Teruskan MembacaJom ikuti 10 taman terbaik di Lembah Klang yang pasti memikat anda untuk kunjungi.
- Desa ParkCity

esa ParkCity merupakan sebuah perbandaran yang terletak di barat laut bandar raya Kuala Lumpur, kawasan ini unik kerana kehadiran sebuak tasik yang cantik.
Bukankah seronok menikmati pemandangan indah ini dengan bersantai, berkelah di Central Park dengan rumputnya yang dijaga rapi atau menyihatkan badan dengan berjoging, jadi bersiar-siarlah di taman ini dan nikmati pemandangannya yang menawan.
Lebih menarik, taman ini juga mesra haiwan peliharaan malah bukan itu sahaja perbandaran ini turut menyediakan taman permainan yang dilengkapi peralatan yang selamat untuk kanak-kanak, bangku, kawasan ehat dan sungai buatan.
2. Taman KLCC

Taman KLCC merupakan salah satu taman awam yang paling ikonik dan disukai ramai di Malaysia, Taman KLCC direka oleh Roberto Burle Marx.
Taman ini direka bertujuan untuk menghijaukan Menara Berkembar Petronas dan kawasan sekitarnya.
Tarikan utamanya ialah tasik buatan yang dinamakan Tasik Simfoni dengan keluasan 10,000 meter persegi dan jambatan berukuran 43m yang menyeberanginya.
3. Taman Botani Perdana

Taman Botani Perdana yang dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana atau Lake Gardens terletak di dalam Taman Warisan Kuala Lumpur.
Taman ini mempunyai satu nilai sentimental bagi warga KL kerana telah menjadi rumah hijau bandar raya ini selama empat dekad yang dibuka pada tahun 1888 sebagai taman rekreasi, taman ini telah diubah rupa dan dipulihara sehingga menjadi taman botani.
Menariknya, di sini juga terdapat banyak tempat untuk bergambar ‘Outfit of The Day’ (OOTD)! jadi jangan lupa berpakaian cantik apabila anda ke sini.
4. Taman Bukit Kiara

Taman Bukit Kiara ini terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang dikelilingi oleh alam semula jadi yang dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan merupakan tempat pelbagai tumbuhan liar, burung, monyet dan haiwan lain hidup.
Denai bukit sepanjang 5km untuk berjoging pula sangat mencabar dan memerlukan usaha dan keazaman untuk sampai ke puncak yang setinggi 250m dari aras laut.
Kedengaran seperti meletihkan tapi keindahan pemandangannya pasti berbaloi buat anda semua!
5. FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)

Terletak di pinggir Kepong, FRIM atau Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia perlu dikunjungi oleh pencinta alam semulajadi.
Hutan tropika 600 hektar ini dipenuhi flora dan fauna dengan kira-kira 15,000 spesis tumbuhan.
Tumpuan yang terdapat di FRIM ialah laluan pejalan kaki berkanopi, bagaimanapun laluan tersebut kini ditutup sehinga suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan termasuklah berkhemah, aktiviti pembinaan pasukan dan keluarga, piknik berhampiran air terjun dan berjoging.
6. Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) (Taman Pertanian Bukit Cerakah)

Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) adalah kawasan hutan yang bergabung secara unik dengan pertanian dan taman botani, tempat ini juga dikenali dengan nama Bukit Cahaya Sri Alam manakala hutannya, Hutan Simpan Bukit Cerakah.
Terdapat banyak taman dan kebun lain di dalam taman ini seperti Taman Haiwan, Kebun Rempah, Taman Hiasan, Taman Orkid, Taman Kaktus, Kebun Buluh dan Kebun Cendawan.
Suka berbasikal? Anda boleh menyewa basikal di sini dan berkayuh untuk melihat persekitaran.
Jika anda gemar memancing, anda boleh memancing di tasik, bayaran dikenakan hanya RM2 untuk satu joran.
Penggemar sukan lasak pula boleh mencuba permainan paintball dan aktiviti luar lain seperti flying fox dan SkyTrex.
7. Taman Botani Putrajaya

Dengan gelaran ‘Bandar dalam Taman’, Putrajaya mempunyai lapan taman utama di dalam bandar dan Taman Botani adalah yang paling popular.
Sebagai taman botani terbesar di Malaysia, keluasan taman ini melebihi 92 hektar dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bunga-bungaan, tumbuhan hiasan dan pemeliharaan atau penyelidikan.
Pada masa ini, taman ini mempunyai lebih 700 spesis pokok bunga, tumbuhan tempatan dan tumbuhan dari Asia Pasifik dan Afrika selain terdapat juga Pusat Interpretasi Pelawat, laluan jelajah, bukit palma dan taman bunga dan suria untuk kemudahan pengunjung.
8. Taman Tasik Ampang Hilir

Dengan lokasi strategik bersebelahan Jalan Lingkaran Tengah 2 sebelum Jalan Ampang, bekas lombong bijih timah ini mempunyai sebuah tasik sebesar 2.7km yang menjadikannya sangat sesuai untuk bersiar-siar menyihatkan badan.
Taman ini sentiasa padat dengan keluarga dan orang berjoging hampir setiap hari tetapi lebih padat pada hujung minggu.
Taman ini mungkin kelihatan kecil berbanding taman-taman lain di dalam senarai ini, tetapi tasiknya yang mempesona dan tiga taman permainan yang berlainan menjadikannya istimewa.
9. Taman Tasik Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa ini merupakan sebuah taman awam yang popular sejak zaman pendudukan British, tarikan utama Taman Tasik Titiwangsa adalah tasiknya yang seluas 57 hektar.
Taman ini turut menyediakan kawasan bersenam, taman permainan kanak-kanak dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain untuk sukan air, berjoging dan aktiviti lain.
Kemudahan lain di taman ini termasuklah trek kereta kawalan jauh, trek berbasikal, padang bola, bangsal bot dan pusat aktiviti akuatik, menara tinjau, taman permainan, sebuah taman air dan astaka.
10. Taman Tasik Permaisuri

Terletak berdekatan dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpu, Taman Tasik Permaisuri ini mula dikenali sebagai taman biasa atau bunga-taman pada era 1980-an. Namun sejak itu, ianya berkembang menjadi sebuah taman rekreasi sepenuhnya.
Taman ini semakin menjadi tumpuan pada setiap waktu petang dan hujung minggu kerana terdapat ramai pengunjung datang untuk berjoging, melakukan tai-chi dan juga bersantai bersama keluarga.
Taman-taman tasik ini dikelilingi oleh kawasan perumahan dan bangunan yang tinggi dan semakin berkembang seperti Bandar Sri Permaisuri dan Bandar Tun Razak.
Taman ini telah diisytiharkan dibuka oleh Raja Permaisuri Tuanku Bainun pada tahun 1989, jadi anda yang tinggal berhampiran kawasan ini, Tasik Permaisuri merupakan lokasi yang sesuai untuk bersantai dan berekreasi. — KL Viral
Baca juga: