DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 77 notis atas pelbagai kesalahan terhadap kenderaan menerusi Operasi Bersepadu (Operasi Bersih) di Sekitar Lebuhraya Timur Barat pada Selasa.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL, tindakan penguatkuasaan tersebut dilakukan terhadap mana-mana kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan.
Teruskan Membaca“Antara kesalahan yang dilakukan termasuk tidak mempunyai permit mengangkut bahan, gagal memastikan badan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat serta kesalahan-kesalahan lain.
“Operasi tersebut turut melibatkan agensi-agensi sahabat termasuk Jabatan Intergriti bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS),” kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, DBKL turut menegaskan bahawa pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa di 11 parlimen dibawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Baca juga: