Terkini

Buntu tak tahu macam mana nak bawa si bulus balik kampung, berikut ada cara yang boleh membantu

GOLONGAN pencinta kucing, pasti tidak sampai hati mahu meninggalkan haiwan kesayangan di rumah sendirian kerana bimbang keselamatan atau mengancam nyawa.

Walaupun kehadiran hotel kucing tumbuh bagai cendawa, namun ada juga golongan yang berasa bimbang serta gusar untuk meninggalkan ‘anak bulus’ mereka.

Jadi, ada yang memilih untuk membawa bersama haiwan peliharaan mereka pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Namun, perlu diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan membawa bersama haiwan itu dengan menaiki kereta.

Justeru, berikut terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan mereka sepanjang perjalanan.

1.Gunakan Pet Carrier/ Cage

Cara paling selamat dan senang nak bawa kucing naik kereta dengan tenang adalah menggunakan carrier. Setiap pencinta kucing, wajib ada carrier.

Walaupun tidak digunakan selalu, namun carrier perlu untuk travelling atau nak bawa kucing ke klinik. Ada carrier senang sebab tak perlu risau kucing berlegar-legar di dalam kereta. Lebih bahaya jika kucing pergi ke bahagian pemandu.

2.Sediakan beg khas untuk keperluan kucing.

Sebaiknya, sediakan satu atau dua beg khas keperluan kucing. Nak lebih mudah, kibbles dan pasir kucing masukkan dalam bekas tertutup dan bukan dalam plastik asal. Lebih kemas dan mudah nak dibawa.

Apabila nak bawa kucing naik kereta balik kampung, barulah senang dah ada begnya sendiri. Tak adalah anda tercari-cari barang keperluan kucing di sana sini.

3. Puasakan kucing supaya tak membuang dengan kerap

Perkara ini penting untuk memastikan agar kucing tidak kerap membuang air besar atau kencing di dalam kereta. Cukup hanya puasakan kucing tiga hingga empat jam sebelum bertolak supaya kucing ada masa ‘membuang’ sebelum bertolak.

4. Sediakan pasir kucing scentless untuk kucing dalam kereta.

Gunakan alas untuk diletakkan di dalam carrier sebagai langkah keselamatan. Bagi kucing yang bebas di dalam kereta, mungkin anda perlu sediakan satu bekas pasir kucing.

Gunakan pasir kucing yang tiada bau (scentless) atau gunakan natural scented. Bau pewangi pasir kucing mungkin terlalu kuat untuk keadaan kereta yang tertutup.

5. Hati-hati semasa membelok dan berdoa supaya selamat perjalanan.

Bawa kucing dalam kereta ini, gaya pemanduan kena berhemah seperti ada bayi dalam kereta. Amalkan gaya pemanduan yang selamat untuk mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top