KEJADIAN melibatkan seorang Ketua Polis Balai bertindak menampar orang awam menjadi tular dan menarik perhatian ramai di media sosial.
Susulan tindakannya penjawat awam itu, Ketua Polis Balai itu difahamkan telah dipindahkan ke satu unit lain di Ibu Pejabat Daerah Batu Pahat sementara menunggu siasatan selanjutnya.
Teruskan MembacaDalam masa yang sama, tindakan tersebut telah menimbulkan persoalan dikalangan netizen kerana hukuman yang telah diberikan dirasakan tidak sepadan sekiranya perkara itu dilakukan oleh orang awam kepada penjawat awam.
Menerusi tinjauan di Facebook, rata-rata netizen mengharapkan agar pihak berkuasa boleh mempertimbangkan semula tindakan yang dikenakan ke atas anggota terbabit agar insiden sama tidak berulang lagi.
“Untuk orang awam, kalau ditampar ditempat kerja, kena pindah jabatan. Kalau ditampar ditempat awam, kena pindah rumah ke daerah lain. Kalau tampar dalam kapal terbang, kena pindah ke kapal terbang lain sebelum mendarat,” kata Sivan.
“Bagus juga kalau dapat tampar kawan sekerja, harap dapat tukar tempat kerja lain,” kata Madnur.
“Semoga dapat menjadi jurulatih bola tampar yang berjaya selepas ini,” kata Redza.
Sebelum ini, video tular yang berdurasi 37 saat itu memaparkan individu yang didakwa Ketua Polis Balai telah menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki ditempat awam.
Video tular itu secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai dan meluahkan rasa bimbang sekiranya perkara sama berulang semula di masa hadapan.
Ini kerana pelbagai persoalan yang bermain di fikiran terutama apabila melibatkan individu yang bekerja dalam sektor awam lain mahupun swasta.
Sekiranya mereka berhadapan dengan situasi seperti itu, apakah jenis hukuman yang mungkin mereka akan terima? sekiranya terlibat dalam tindakan kekerasan terhadap orang awam, Adakah tindakan yang sama akan mereka terima? — KL VIRAL
Baca juga: