SAMBUTAN Tahun Baru Cina merupakan simbolik kepada permulaan tahun bagi masyarakat Tionghua.
Malah, perayaan tersebut juga akan diraikan secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia.
Teruskan MembacaTidak ketinggalan mereka di Malaysia. Selain daripada disambut oleh masyarakat Cina, sambutan perayaan ini turut menarik perhatian masyarakat lain memandangkan negara kita memiliki masyarakat berbilang kaum.
Oleh itu, tidak salah kiranya untuk kita saling berkongsi antara satu sama lain, atau mempelajari budaya masyarakat Cina tentang menariknya sambutan tersebut yang terbahagi kepada kitaran 12 nama haiwan (zodiak cina) sementara tahun ini adalah tahun Naga Kayu.
Oleh itu KL Viral senaraikan fakta menarik mengenai sambutan Tahun Baru Cina;
5 keistimewaan Tahun Baru Cina
- Hiasan Buah Limau

Buah limau berwarna jingga ini dianggap sebagai membawa tuah dan simbol murah rezeki mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Malah, pokok limau turut menjadi tumpuan dan buruan kerana warna kekuningan umpama ’emas’ melambangkan keamanan dan kekayaan.
Istilah sebutan limau dalam bahasa Kantonis ialah, ‘kam’, yang juga membawa maksud kekayaan serta keuntungan.
2. Makan Besar

Pada awal sambutan perayaan Yahun Baru Cina, setiap daripada mereka, tidak mengira sama ada ahli keluarga atau sahabat akan berkumpul dan menikmati acara makan besar bermula dengan juadah Yee Sang dan kuih bakul.
Selain itu, masyarakat Cina juga percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul, maka lebih terjamin kemakmuran yang bakal dinikmai sepanjang tahun.
3. Makanan Tradisi

Jika sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha cukup popular dengan ketupat dan rendang, perayaan Tahun Baru Cina juga ada juadahnya tersendiri.
Antara hidangan yang menjadi pilihan masyarakat Cina adalah, Yee Sang, ikan kuku, kuih bakul, dumpling, popia dan mi yang masing-masing membawa simboliknya tersendiri.
Setiap hidangan istimewa itu akan disusun di atas meja yang dihias cantik dan sudah pasti lapik mejanya bewarna merah dimana warna tersebut menjadi tema perayaan Tahun Baru Cina.
4. Angpau

Tradisi ini adalah yang paling digemari dan ditunggu-tunggu bagi kanak-kanak serta golongan muda yang masih belum berkahwin.
Untuk pengetahuan anda, bagi golongan yang masih belum berkahwin sahaja yang akan menerima angpau.
Perayaan Tahun Baru Cina akan berakhir dengan Chap Goh Mei selepas 15 hari.
5. Membakar Mercun

Tahukah anda sebelum bermula tahun baru, masyarakat Cina akan mula membakar mercun di tengah malam sebagai simbolik mengahalau perkara buruk dan nasib malang.
Kaum Cina juga percaya bahawa membakar mercun merupakan satu bentuk komunikasi sejurus dapat mengetahui bahawa satu kejadian yang baik sedang berlaku. — KL Viral
Baca juga: