Bagaimana Ekonomi Madani bakal mengangkat martabat negara & menjaga kepentingan semua

KETIKA meluncurkan inisiatif Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada pagi Khamis, 27 Julai yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal ucapannya, memetik ayat yang tercatat dalam warkah yang diutuskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib kepada Gabenor Mesir, Malik Bin Al-Haris Al-Ashtar.

Dalam warkah berkenaan yang diutus sempena pelantikan Malik sebagai Gabenor Mesir pada tahun 655 Hijrah, Saidina Ali antara lain menitipkan pesanan dan peringatan mengenai tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat dan nasihat supaya menggalas tanggungjawab itu dengan amanah dan adil.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?