TAHUKAH anda Malaysia merupakan antara destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman dan keindahan alam semula jadi melalui destinasi eko pelancongan.
Dengan anugerah hutan hujan tropika yang tiada di beberapa negara lain, namun di Malaysia kita memiliki pelbagai lokasi eko pelancongan menarik dari Perlis hingga Johor dan sehinggalah ke Sabah dan Sarawak. Banyak destinasi eko pelancongan yang disediakan dengan pakej berpatutan seisi keluarga.
Teruskan MembacaPelacongan seperti ini, anda dapat merasai dan dekat dengan alam semula jadi baik flora dan fauna yang jauh dari kesibukan bandar dan pastinya udara sini lebih segar.
Beikut KL Viral senaraikan kepada anda 5 destinasi eko pelancongan di Malaysia yang anda boleh kunjungi.
- Tasik Kenyir, Terengganu
Tasik Kenyir terletak di Terengganu dan merupakan tasik buatan manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini juga merupakan tasik terbesar di Asia Tengggara sekali gus membuatkan lokasi tersebut sebagai destinasi menarik untuk pelancongan.
Difahamkan, destinasi eko ini menjadi rumah kepada lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuh-tumbuhan, 8,000 spesies orkid, 370 spesies burung dan 300 spesies ikan air tawar.
Pengunjung yang datang ke Tasik Kenyir ini turut dapat menikmati banyak kemudahan meskipun dalam persekitaran hutan.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan dan disediakan disini seperti memancing, rumah berperahu, trekking, golf, berkayak, berkhemah dan meneroka gua.
Tasik ini turut terkenal dalam kalangan ‘kaki pancing’, anda perlu menyewa rumah bot sebelum dibawa ke kawasan lubuk ikan yang pasti menjanjikan kepuasan buat ‘kaki pancing’.
2. Lata Berkoh, Pahang
Lata Berkoh merupakan salah satu lokasi di taman negara Pahang yang anda boleh berpeluang untuk merasai keindahan alam semulajadi yang menenangkan.
Anda boleh ke sini dengan meredah hutan daripada Kuala Tahan ataupun nak lebih cepat, anda boleh naik bot yang mengambil masa 20 minit sahaja.
Kebiasaannya, orang ramai akan naik bot kerana pengalaman menaiki bot meredah sungai yang deras ini sangat mengujakan, tetapi bot akan berhenti lebih kurang 1 km sebelum sampai ke sini kerana keadaan sungai yang berbatu jadi, diingatkan kepada anda supaya berjalan lebih kurang 10 minit.
3. Kilim Geoforest Park, Langkawi
Kilim Geoforest Park merupakan tempat di mana kita akan dibawa melihat keindahan alam dengan menaiki bot.
Geopark merujuk kepada lokasi-lokasi yang diiktiraf oleh UNIESCO yang mempunyai keunikan geologi tertentu termasuk gunung, batu-batan, sungai, paya bakau, gua, tasik, haiwan liar dan sebagainya.
Menarik kan? Anda yang suka ambil gambar dengan pemandangan yang indah ada laut sesuai sangat kesini. Jadi tunggu apa lagi? Cepat kesini!
4. Taman Negara Kuala Koh, Kelantan
Taman Negara terletak di tiga buah sempadan yang melibatkan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Taman Negara Kuala Koh terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.
Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
Aset semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.
Antara aktiviti yang ditawarkan adalah pemerhatian burung melebihi 300 spesies, memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.
Kemudahan juga disediakan demi keselesaan pelancong antaranya, chalet dan asrama, restoran, bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, pondok untuk berehat, surau dan tempat letak kenderaan.
5. Gunung Ledang, Johor
Taman Negara Gunung Ledang merupakan salah-satu Taman Negara yang diwartakan sebagai Taman Negara Johor yang terletak di Daerah Tangkak, Johor.
Menariknya Taman Negara Gunung Ledang ini juga merupakan salah-satu Tapak Warisan Kebangsaan yang dikatakan sudah pun berusia lebih kurang 150 juta tahun.
KL Viral pasti anda semua sinonim dengan cerita lagenda Puteri Gunung Ledang?
Mitos mengatakan bahawa Puteri Gunung Ledang yang sangat cantik dipinang oleh Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Kerajaan Melaka pada ketika dahulu namun pinangan tersebut bukanlah satu pinangan yang biasa-biasa.
Tuan puteri juga turut meminta jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang, 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, 7 tempayan air mata anak dara, 7 tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda Melaka.
Selain itu, Taman Negara Gunung Ledang ini juga merupakan lokasi untuk mereka yang kaki hiking. Anda dinasihatkan untuk berlatih terlebih dahulu sebulum menaiki gunung ini kerana ianya memerlukan stamina yang tinggi untuk sampai ke puncak.
Selepas, hiking anda boleh mandi-mandi di air terjun Sungai Ayer Puteh yang hanya menelan masa 10 minit berjalan kaki.
Menariknya Taman Negara Gunung Ledang ini anda boleh merendam kaki ke dalam kolam yang dipenuhi ikan Tengas dimana ikan-ikan ini akan mengigit manja kaki anda untuk mengeluarkan toksik.
Baca juga: