DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan arahan penutupan sebuah premis makanan dan mengeluarkan 41 kompaun atas pelbagai kesalahan ketika Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan ke atas 53 buah premis sekitar Kuala Lumpur.
Operasi berkenaan melibatkan empat kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk The Garden Mall (Parlimen Lembah Pantai) , Jalan Radin 7 (Parlimen Seputeh), Jalan Menara Gading 1 (Parlimen Cheras) dan Tingkat 4, NU Sentral (Parlimen Bukit Bintang).
Teruskan MembacaKesalahan yang dikompaunkan semuanya bersabit dengan aspek kebersihan bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Di samping itu, arahan penutupan sebuah premis tersebut pula tertakluk dibawah Seksyen (11) Akta Makanan 1983.
Dalam kenyataan, pihak DBKL komited untuk meneruskan tindakan sebegini dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan premis makanan di sekitar Kuala Lumpur. — KL Viral
Baca juga: