SERAMAI 700 penduduk yang kurang berkemampuan menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM200 sempena program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2024 yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Putrajaya pada Jumaat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa menzahirkan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas sumbangan wang zakat untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.
Teruskan Membaca“Terima kasih saya ucapkan kepada MAIWP atas sumbangan wang zakat untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.1 juta, melibatkan RM 140,000.00 untuk Putrajaya, RM 660,000.00 untuk Kuala Lumpur dan RM 300,000.00 untuk Labuan.
“Secara keseluruhannya, penganjuran program Nur Ramadan pada tahun ini bakal menyantuni seramai 5,500 penerima sumbangan dari ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
“Mudah-mudahan dengan sumbangan ini dapat memberi keceriaan dan serba sedikit meringankan beban para penerima, khususnya dalam menyambut bulan Ramadan pada tahun ini. Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Selain itu, beliau turut menyerahkan sumbangan kewangan berjumlah RM 4,000.00 kepada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya agar masjid tersebut dapat terus diimarahkan sepanjang Ramadan ini.
Difahamkan, setelah selesai program tersebut, Zaliha sempat berjemaah bersama-sama sehingga selesai terawih. — KL ViraL