Terdapat beberapa senarai bunga api yang dilarang penjualannya secara umum kecuali ejen berlesen.
Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Polis Malaysia, Alzafny Ahmad, memberitahu, terdapat sembilan jenis bunga api dalam kategori bersyarat dan tidak boleh diniagakan oleh umum.
Teruskan Membaca“Antara sembilan jenis bunga api dalam kategori bersyarat dan tidak boleh diniagakan kecuali ejen berlesen adalah Happy Boom Red Cracker (8 inci) dan jenis kek; Happy Boom Celebration Red Fire Cracker, Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater (1 inci 49 letupan), Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeater (1.5 inci 138 letupan).
“Manakala tiga jenis Happy Boom Shoot Cake masing-masing dengan saiz (16 letupan), (25 letupan) dan (36 letupan) dan akhir sekali, Happy Boom Tikus (50 misil),” katanya.
Baca juga: Kementerian Komunikasi lancar manual etika kewartawanan
Dalam pada itu, Alzafny turut menekankan bahawa penjualan bunga api secara dalam talian adalah dilarang dan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).
“Perkara tersebut boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
“Masyarakat juga diingatkan agar tidak bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang boleh mendatangkan gangguan atau bahaya kepada umum,” katanya.
Individu yang ingkar kepada arahan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) atau Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh di jatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM 10,000 atau kedua-duanya sekali. — KL Viral