DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah menjalankan Operasi Anti Litter di sekitar Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2024.
Menurut kenyataan rasmi menerusi akaun Facebook DBKL, tindakan operasi tersebut sebanyak 11 kompaun telah dikeluarkan dan tiga kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 46 (1)(d).
Teruskan Membaca“Seksyen 46(1)(d) iaitu meletak, menyebab diletakkan barang-barang berhubung dengan tred perniagaan di tempat awam.
“Manakala, empat kompaun lagi dikeluarkan di bawah Seksyen 47(1)(a) iaitu meletak, membuang, membenar, menyebab, diletak, dibuang habuk- habuk, kertas, abu, bangkai, sampah kotak, tong karung, lain – lain sampah sarap di tempat awam.

“Diikuti dengan empat kompaun lagi dikeluarkan bawah Seksyen 47(1)(d) iaitu membuang sisa kotoran ke dalam longkang awam,” katanya.
Justeru itu, DBKL mengingatkan agar pemilik premis sentiasa menjaga kebersihan premis masing-masing dan sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Baca juga: