BEKAS Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, disahkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Teruskan MembacaTokoh berpengaruh berusia 87 tahun itu dikatakan dibawa ke ibu negara dengan penerbangan khas tengah hari semalam, namun tidak diketahui sama ada beliau menerima rawatan di hospital atau tidak.
Dalam pada itu, Razarudin memaklumkan laporan polis yang tersebar di media sosial sejak Ahad lalu adalah sahih dan polis kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Razarudin berkata, siasatan bukanlah membabitkan insiden bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu dilarikan, sebaliknya lebih kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayakan kesihatan Abdul Taib.
“Tıada istilah dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri bekas Yang di-Pertua Negeri itu.
“Kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak pada 9 Februari 2024 dan masih menunggu arahan lanjut,” katanya.
Seksyen 336 Kanun Keseksaan membabitkan perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
Sehubungan itu, Razarudin menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar sehingga boleh menimbulkan pelbagai spekulasi. — KL Viral
Baca juga: