DBKL laksana Tindakan Khas Kerja Korekan Jalan Awam Sekitar Wilayah Persekutuan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran, Jabatan Perancangan Infrastruktur, Jabatan Pengangkutan Bandar, dan Jabatan Integriti telah melaksanakan Tindakan Khas Kerja Korekan Jalan Awam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Siri 7 Tahun 2024.

Operasi tersebut melibatkan kawasan Jalan Dutamas 2, Jalan Kepong Lama, Jalan 34/26 Wangsa Maju, Jalan Tasik Selatan 31, dan Jalan Tasik Selatan 21. Operasi bermula pada jam 10.00 malam, Jumaat 7 Jun 2024 dan berakhir pada pukul 4 pagi hari Sabtu.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?