PENGUMUMAN Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dijamin mendapat tempat di mana-mana Matrikulasi seluruh negara disambut baik Menteri Pendidikan.
Fadhlina Sidek berkata, pengumuman itu cukup penting dan bermakna untuk anak-anak cemerlang tanpa mengira kaum mendapat pendidikan lebih tinggi.
Teruskan Membaca“Pertama, saya ucap terima kasih kepada PM atas pengumuman cukup penting dan significant (ketara) ketika ini, apatah lagi jaminan untuk mendapat dan meneruskan pengajian di peringkat tinggi untuk anak-anak cemerlang SPM tahun ini.
“Kita akan susul tindak dengan pengumuman lain bagi menjamin pendidikan semua pihak tanpa kira latar belakang dan kaum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama kumpulan wanita di Taman Puteri Gunung, Nibong Tebal pada Ahad.
Beliau turut memaklumkan, akan meneliti perkara itu bersama Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir sebelum mengambil tindakan selanjutnya dengan pengumuman lain yang berkaitan
Terdahulu, Perdana Menteri memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi, bermula tahun ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lalu itu tidak akan mengganggu kuota pelajar Bumiputera sedia ada.
“Tahniah anak-anak semua yang kita harapkan dengan jaminan ini tiada kegusaran terutamanya kuota (Bumiputera) dikekalkan dan pada masa sama peluang pendidikan itu cukup luas dan ia semua dapat tempat untuk melanjutkan pengajian masing-masing,” tambah Fadhlina.
Baca juga: