KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai satu sesi penting bersama pegawai kanan Kerajaan membincangkan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk tempoh 2026-2030.
RMK13 bukan dokumen biasa. Ia adalah pelan besar Kerajaan MADANI untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang dan rakyat terus terbela.
Teruskan MembacaPerancangannya sudah bermula sejak tahun lalu, melibatkan semua — dari kementerian, kerajaan negeri, PBT, NGO sehinggalah rakyat marhaen. Kita pastikan suara semua lapisan masyarakat didengar dan diambil kira.
Antara fokus utama: ✅ Tangani jurang pendapatan & pembangunan
✅ Kukuhkan ruang fiskal negara
✅ Percepat peralihan struktur ekonomi
✅ Pastikan ekonomi negara lebih tahan diuji
Kita tak mahu lagi Malaysia tertinggal! Kita mahu negara yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing di pentas global.
💬 RMK13 bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang. Inilah langkah besar menuju masa depan #MalaysiaMADANI yang progresif dan adil untuk semua.
#RMK13
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI
#KerajaanMADANI
#MADANIbekerja
#RakyatDidahulukan
#Parlimen