Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan wartawan Jerman yang menggunakan naratif sebelah ketika bertanyakan tentang konflik peperangan Palestin dan Israel terutama soal pembebasan tebusan Israel oleh Hamas.
Katanya, wartawan berkenaan sepatutnya tidak melihat sesuatu perkara dari satu sudut atau sebelah pihak sahaja kerana peperangan terbabit turut mengorbankan ribuan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Teruskan Membaca“Bagaimana dengan keganasan yang dilakukan terhadap mereka (rakyat Palestin) dan tanah milik mereka dirampas begitu sahaja? Adakah kamu tidak peduli mengenai isu ini?
“Mengapa perlu berpihak kepada sebelah pihak sahaja apabila kita perlu melihat kepada perspektif kedua-dua pihak? Adakah kerana kamu memilih untuk memihak kepada sesetengah bangsa atau agama sahaja?” bidas Anwar ketika Sidang Media Bersama Perdana Menteri Malaysia dan Canselor Republik Persekutuan Jerman, Olaf Scholz di Bangunan Canseleri Jerman.
Baca juga: “Beli perfume dapat percuma iPhone 15…” – Pempengaruh ‘pancing’ pengikut warga B40 dikritik
nwar juga berkata, beliau tidak bersetuju untuk keganasan dilakukan terhadap mana-mana pihak, namun beliau menasihati wartawan tersebut untuk tidak memberi fokus kepada satu pihak sahaja seolah-olah tidak terkesan dengan konflik ini.
Baca juga: Raja Permaisuri Agong zahir ucapan sambutan Hari Wanita
“Saya tidak menyokong apa-apa jenis kekejaman dan saya tidak setuju sekiranya tebusan terus ditahan lebih lama oleh kedua-dua pihak namun jangan membelakangkan sejarah 60 tahun Palestin ditindas ketika Nakba,” tambahnya.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa pembebasan tebusan oleh pihak Hamas tidak akan menjaminkan ketenteraman kawasan konflik tersebut.
“Pembebasan tebusan oleh Hamas tidak akan menyelesaikan konflik ini. Kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian yang adil dan saksama antara mereka,” ujarnya.
Secara keseluruhan, lebih seramai 30,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terbunuh sejak peperangan meletus 7 Oktober lalu sementara rejim Israel mendakwa sudah membunuh sekurang-kurangnya 8,000 pejuang Hamas. — KL Viral