SALAH faham berkenaan sebab Presiden Indonesia, Prabowo Subianto tidak dapat hadir dalam pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terjawab.
Ketidak hadiran Prabowa kerana ada urusan mendesak yang melibatkan kepentingan negara.
Teruskan MembacaTerdahulu, Anwar memaklumkan bahawa pertemuan itu terpaksa ditunda kerana Prabowo dilaporkan demam dengan memetik sumber daripada kedutaan Indonesia yang memetik Sekretaris Kabinet Mayor, Teddy Indra Wijaya sebagai sumbernya.
Teddy bagaimanapun menafikan bahawa beliau yang menyatakan sebab pembatalan pertemuan itu kerana Prabowo demam.
Sebaliknya memetik laporan Detik.com Teddy berkata, asbab kepada pembatalan itu kerana Prabowo ada mesyuarat tergempar bersama beberapa Menteri Kabinet berhubung isu melibatkan kepentingan negara.
Alasan terkini Teddy bahawa Prabowo berada dalam keadaan sihat menimbulkan imej buruk kepada kerajaan Malaysia yang memetik sumber daripada kedutaan Indonesia berhubung pembatalan pertemuan itu.
Memetik sumber daripada rakan-rakan media yang berpusat di Jakarta, Teddy seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat terutama bila melibatkan hubungan diplomasi antara dua negara sahabat seperti Malaysia.
Menurut rakan media itu lagi, selaku orang penting dalam kabinet Prabowo, tidak seharusnya mempermainkan isu diplomasi untuk mengalihkan tumpuan tentang masalah politik Indonesia.
Tegas sumber itu, Teddy seharusnya memohon maaf kepada kerajaan Malaysia terutama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan seolah-olah Anwar menimbulkan kekeliruan dalam perkara ini.
Sebelumnya, Anwar dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pertemuannya dengan Prabowo dibatalkan kerana rakan sejawatnya itu demam, malah beliau mendoakan agar Prabowo cepat sembuh.
Baca juga: