PM ucap tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Abdel-Fattah al-Sisi kerana memenangi pilihan raya presiden Mesir 2024 pada Isnin.

“Bagi pihak Kerajaan dan Rakyat Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada @AlsisiOfficial atas kemenangan beliau dalam pilihan raya sebagai Presiden Mesir. Semoga pencapaian ini mampu mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang dikongsi antara negara dan rakyat kedua-duanya,” kata Anwar dalam hantaran terkini beliau di laman X (Twitter).

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?