PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan untuk makan tengah hari di medan selera Kompleks Pertama dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Anwar meluahkan rasa syukur untuk berpeluang mengunjungi lokasi berkenaan dan menghargai maklum balas yang dikemukakan rakyat yang hadir di sana.
Teruskan Membaca“Saya amat hargai setiap maklum balas dan hasrat yang dikemukakan untuk melihat negara ini terus mencipta kecemerlangan.
“Sebelum pulang selepas solat Jumaat, saya bertemu rakyat di perkarangan masjid dan ia nyata mengimbau kembali detik permulaan gerakan reformasi bersama teman-teman seperjuangan,” katanya. — KLViral
Baca juga: