Terkini

PM Anwar hulur bantuan kepada kanak-kanak derita penyakit usus kronik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun penghidap penyakit usus kronik yang sedang dirawat di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Melalui hantaran Facebooknya Anwar memaklumkan, sumbangan itu diserahkan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada ahli keluarga kanak-kanak itu pada Selasa.

“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai keadaan adik Thevsin yang diuji dengan dugaan yang cukup berat di usia muda iaitu 12 tahun dan saya juga difahamkan beliau sudah dua tahun menerima rawatan di hospital ini.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga adik Thevsin bagi membantu meringankan beban keperitan yang ditanggung saat ini.,” katanya.

Anwar melalui hantaran sama turut mendoakan Thevsin diberikan kesembuhan secepat mungkin, selain berharap sumbangan diberikan dapat membantu meringankan beban ditanggung keluarga kanak-kanak berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut Ahmad Farhan juga mengadakan ziarah terhadap penyampai berita Astro Arena, Akbar Sahari bagi menyampaikan sumbangan bagi meringankan kos perubatan isterinya.

Difahamkan isteri Akbar, Noorsuzilawati Noor menghidap kanser usus tahap 4 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Sementara itu Akbar menerusi status di akaun Facebook berterima kasih atas sumbangan itu dan mengakui terkejut dengan kehadiran rombongan dari Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Saudara Farhan menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri, yang sekali gus membantu meringankan beban kewangan kami. Doa serta kata-kata semangat daripada saudara Farhan dan rombongan PMO amat dihargai,” katanya.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top