PETALING JAYA : “Anak muda bukan sekadar pewaris, tapi pemacu masa depan negara,” tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai PMX.
Dalam ucapannya semasa Majlis Pelancaran Fasa Pertama Projek Esteel, PMX menekankan bahawa kejayaan sesebuah negara tak cukup dengan dasar mantap sahaja, tetapi perlukan penglibatan aktif generasi muda dan rakyat tempatan termasuk dari Sabah dan Sarawak!
Teruskan Membaca“Kalau anak muda tak dilibatkan secara langsung, dasar sehebat mana pun akan tinggal atas kertas saja,” tulis beliau dalam satu hantaran di Facebook yang pantas mencuri perhatian netizen.
PMX turut tekankan kepentingan latihan kemahiran dan pendedahan awal untuk anak muda agar mereka bersedia menyumbang kembali kepada negara sebagai individu yang berdaya saing.
Lebih menarik, beliau tidak hanya bercakap tentang ekonomi dan pelaburan tetapi membawa mesej jelas tentang kepimpinan berprinsip, telus dan konsisten sebagai tunjang utama menarik pelabur dan membina masa depan Malaysia yang lebih mampan.
“Tak perlu retorik. Kita perlukan dasar jelas dan tindakan yang berani. Baru pelabur yakin, rakyat pun untung,” kata PMX dengan penuh semangat.
Di hujung ucapannya, beliau menyuntik harapan bahawa Malaysia mampu menjadi negara maju yang inklusif, tahan uji dan dipacu oleh semangat anak muda