Siri lawatan Perdana Menteri ke luar negara menyaksikan hasil kejayaan yang tinggi, khususnya dalam aspek politik stabil, selain memberi keyakinan kepada pelabur, sekaligus memperlihat profil Malaysia jauh lebih tinggi kini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau memikirkan untuk mengurangkan lawatan ke luar negara dalam tempoh beberapa bulan ini, itu dibuat sebelum ini bukan soal dirinya tetapi demi negara dan politik stabil.
Teruskan MembacaMengulas lanjut, dalam tempoh ini, katanya, Malaysia tidak pernah dilihat seakrab ini dengan negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye, Arab Saudi, China, Australia, dan Amerika Syarikat (AS).
“Pertemuan dan lawatan ini, walaupun saya fikir untuk beberapa bulan ini kurangkan sedikit tetapi hasilnya sangat tinggi. Profil Malaysia jauh lebih tinggi sekarang.
“Orang kaitkan soal Anwar, tetapi ini soal politik yang stabil dan pasukan yang bekerja. Pasukan komited membawa mesej sama iaitu politik stabil, dasar MADANI dan memberi keyakinan kepada pelabur.
“Dengan AS contohnya. Walaupun saya keras sekali, saya tiada pilihan menyuarakan bagi pihak rakyat di depan Presiden, Joe Biden dan Setiausaha Negara, Antony Blinken. Saya suarakan dengan tegas tapi dalam masa sama pelabur AS hadir dan memberikan komitmen besar. Jadi, ini suatu kemenangan bagi Malaysia,” katanya.
Baca juga: