Kerajaan bersetuju mempertimbangkan bantuan tunai khas secara bulanan untuk melepasi pendapatan garis kemiskinan (PGK) makanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 yang berlangsung pada Isnin.
Teruskan MembacaMenurutnya, cadangan tersebut meliputi isi rumah yang tidak berkemampuan menjana aktiviti pendapatan atas faktor usia atau kesihatan.
Ujar beliau, agensi juga perlu mengenal pasti isi rumah yang boleh menyertai program di sediakan kerajaan dalam tempoh berbaki tiga bulan selain diserapkan di dalam program mengikut kesesuaian.
“Banyak usaha dan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha membasmi miskin tegar antaranya program terkait bantuan tunai bulanan, naik taraf kediaman, pemberian modal perniagaan, latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan,” katanya.
Jelas Anwar, usaha tersebut telah pun dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi di dalam usaha menarik keluar rakyat dari belenggu miskin tegar.
“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bahawa segala perancangan pembangunan yang hendak dilaksanakan memberi nilai yang terbaik kepada negara dan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan bagi mencapai matlamat Malaysia Madani,” katanya.