PENYANYI Ning Baizura memohon maaf dan tampil menjelaskan diri mengenai isu yang menyatakan dirinya tidak sensitif atas situasi semasa di Palestin seperti dalam klip video berdurasi 22 saat yang tular di media sosial sejak Selasa lalu.
Ning memaklumkan pertanyaan ‘who’s that’ ketika sesi live itu, itu disalah tafsir oleh warganet.
Teruskan Membaca“Sesi live itu adalah Ning Oke Session iaitu sesi karaoke saya bersama peminat. Ia sesi satu malam yang saya dedikasikan untuk menghiburkan dan mendekati peminat-peminat saya.
“Ketika permintaan dibuat, saya membaca komen-komen mereka dan saya bertanyakan kepada mereka kenapa nama mereka susah disebut dan ada tak nama yang senang sikit untuk dipanggil.
“Ketika itulah muncul komen itu (All Eyes on Rafah) dan saya tanya siapa dan ia terkeluar daripada mulut saya secara tiba-tiba kerana pada waktu itu keadaan agak kelam kabut kerana saya sedang berkaraoke.jelasnya dalam video yang dimuatnaik di Instagram pada Jumaat.
Ning turut menasihati orang ramai agar tidak semberono menuduhnya mempersendakan situasi yang sedang berlaku di Rafah dan menonton semula rakaman siaran langsung terbabit.
Jelasnya lagi, beliau sedar akan kejadian yang berlaku di Palestin dan sering memberikan sumbangan bagi membantu saudara di sana.
Baca juga :