Terkini

Kerajaan Perpaduan komited kepada pelan pemulihan Felda – MOF

KERAJAAN PERPADUAN meluluskan jaminan sehingga RM9.9 bilion untuk Felda
menerbitkan sukuk bagi menyempurnakan pelaksanaan pelupusan hutang
peneroka, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan, hari ini.

MOF komited pastikan pelan pemulihan Felda

Menurutnya,
bermula tahun ini, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sehingga RM1
bilion setahun bagi membolehkan penebusan semula sukuk Felda yang antara
lainnya membiayai hapus kira hutang peneroka.
“Kerajaan
Perpaduan komited untuk memastikan pelan pemulihan Felda termasuk
pelupusan hutang peneroka seperti yang pernah diumumkan akan diambil
tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya.
“Malah tindakan susulan untuk menyempurnakan pelaksanaannya akan diambil,” kata kenyataan itu.
Terdahulu,
kerajaan mengumumkan akan menyalurkan sehingga RM1 bilion setahun untuk
tempoh 10 tahun kepada Felda melalui terbitan sukuk bagi memastikan
kelangsungan organisasi itu.
Kabinet sebelum ini meluluskan
cadangan terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh Felda dengan jaminan
kerajaan bagi membolehkan agensi itu melaksanakan pelan pemulihan,
seperti dibentangkan Pasukan Petugas Khas melalui laporan pada Oktober
2020.
Kementerian itu dalam kenyataan 28 Jun lalu, memaklumkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan,
menandatangani perjanjian membabitkan Jaminan Kerajaan kepada Felda
untuk menstruktur semula pinjaman agensi itu dengan sebahagian besar
membabitkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi
kewangan sebanyak RM7.9 bilion.
Perjanjian itu antara lain akan
mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah yang dikenakan
serta membolehkan organisasi itu memberi pemansuhan 80 peratus hutang
peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada 2021.

Pelbagai

Scroll to Top