Terkini

Lebih 100 hadiah menarik menanti pemenang Cabutan Bonanza DBKL

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengadakan Sesi Cabutan Bonanza Cukai Taksiran buat tahun 2024 pada 21 Mac depan dengan sajian lebih 100 hadiah menarik untuk dimenangi pembayar cukai sekitar Kuala Lumpur.

Antara hadiah utama yang boleh dimenangi termasuk dua buah motosikal dan kereta elektrik jenama BYD Dolphin.

Menggunakan tanda pagar #mudahbayarmudahmenang, DBKL mengadakan sesi cabutan bertuah sebegini untuk menarik minat orang ramai untuk membayar cukai taksiran mereka.

Acara cabutan bertuah ini akan diadakan secara langsung di laman Facebook rasmi milik DBKL pada pukul 1 petang hari Khamis akan datang.

Untuk info, cukai taksiran atau lebih dikenali sebagai cukai pintu merupakan cukai tempatan yang dikutip majlis perbandaran tempatan untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur perkhidmatan tempatan.

Cukai ini dipungut secara asasnya untuk mengekalkan kesejahteraan kawasan setempat seperti membayar bil lampu jalan, kos pembersihan dan bermacam-macam kos lain.

Sebagai contoh, sekiranya pemilik kediaman, bangunan atau tanah di Kuala Lumpur perlu membayar cukai taksiran kepada pihak DBKL.

Urusan pembayaran kini juga lebih mudah melalui atas talian, melalui portal khas yang diperkenalkan oleh DBKL iaiatu DBKLBayar. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top