Terkini

DBKL sita premis penjaja warga asing di Pasar Borong KL

SEBANYAK dua buah premis dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan di samping 17 sitaan dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam siri Tindakan Khas Penjaja Warga Asing di Pasar Borong Kuala Lumpur pada Rabu.

Menerusi hantaran di Facebook milik DBKL, pemantauan dan tindakan tegas telah dilakukan terhadap aktiviti perniagaan barangan dapur warga asing di sana yang tidak mempunyai lesen yang dibenarkan.

“Pihak DBKL telah mengenakan kompaun terhadap dua premis disana kerana membuat halangan di laluan kaki lima dan jalan awam.

“Terdapat 17 sitaan terhadap barangan jualan dilakukan kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di samping pihak kami turut mengesan pelbagai jenis minyak paket bersubsidi disorok di dalam stor ruangan sampah oleh peniaga warga Myanmar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan kompaun dikenakan bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan sitaan dilakukan bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Kesemua barangan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi. KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top