Terkini

MAIWP lancarkan projek Mobile Lab Internet 2 dengan peruntukkan RM1.2 juta buat anak-anak asnaf

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan projek Mobile Lab Internet 2 pada Selasa.

Menurut Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar, projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha bagi pihaknya untuk memastikan anak-anak golongan asnaf yang tercicir.

“Pelaksanaan Mobile Lab Internet 2 ini bertujuan untuk memastikan anak-anak daripada golongan asnaf tidak tercicir berbanding kanak-kanak yang seumur mereka yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis Rahmah Syawal MAIWP: Jalinan Aidilfitri bersama Asnaf di Kuala Lumpur.

Beliau mengulas lanjut, MAIWP telah memperuntukkan RM1.2 juta untuk program yang merupakan kesinambungan daripada projek terdahulu.

Sebahagian besar peruntukan tersebut digunakan untuk pemilikan bas dua tingkat bernilai RM500,000, kerja-kerja ubahsuai dan permit yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM400,000.

Dalam masa sama, projek itu juga dengan jelasnya dapat menyediakan perkhidmatan internet, pendedahan terhadap teknologi, dan perkhidmatan pendidikan kepada para pelajar terutamanya di Wilayah Persekutuan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top