Terkini

Inisiatif Lestari Niaga: JWP komited susun semula penjaja di Kuala Lumpur

PIHAK Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk memastikan penjaja yang berdaya saing di Kuala Lumpur diberi peluang melalui inisiatif Lestari Niaga untuk meneruskan perniagaan mereka secara sah dengan tapak gerai yang lebih kondusif dan berstruktur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, perobohan ke atas 165 tapak penjaja tanpa lesen di Bazaria Wangsa Maju adalah penguatkuasaan yang sedang dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Penguatkuasaan ini dilakukan kerana telah menimbulkan polemik kepada peniaga berlesen di tapak sedia ada serta menimbulkan kacau ganggu seperti gangguan aliran trafik juga penggunaan air dan elektrik yang diambil dari sumber yang tidak sah.

“Kapasiti tapak sementara Bazaria Wangsa Maju pada masa ini mampu menempatkan 500 tapak untuk peniaga berlesen,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pihak DBKL untuk menimbang 165 tapak penjaja tanpa lesen itu ke dalam senarai pemutihan untuk ditawarkan lesen melalui inisiatif Lestari Niaga, tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Difahamkan, peniaga yang telah diberi lesen untuk kembali berniaga kelak akan ditempatkan semula di kawasan gerai berlesen Bazaria Wangsa Maju atau di mana-mana lokasi yang berdekatan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top