Terkini

DBKL rai rakan strategik dalam Majlis Temu Mesra Datuk Bandar

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meraikan 29 rakan strategik dalam Majlis Temu Mesra Datuk Bandar Bersama Rakan Strategik Kuala Lumpur di Pusat Komuniti Bukit Damansara pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL, majlis tersebut diadakan adalah untuk mengharigai rakan-rakan strategik DBKL yang turut membantu dalam mentadbir urus ibu kota.

“Antara bentuk usaha sama yang telah dijalankan termasuk operasi bersepadu, Program Baiti Jannati dan program kelas tuisyen percuma.

“Selain itu, bentuk usaha sama lain termasuk Operasi Mengambil Orang Papa, kelas kemahiran kepada komuniti Chow Kit dan pelbagai usahsama yang melibatkan komuniti,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, DBKL mengucapkan terima kasih kepada semua rakan strategik kerana telah bersama-sama menggembleng tenaga dalam membangunkan Kuala Lumpur.

DBKL turut menzahirkan harapan agar segala usaha murni sebegini berterusan yang dilakukan oleh semua agensi melalui hasil kerja berpasukan yang dapat memberi manfaat yang maksimum kepada warga kota.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top