MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa yakin pembangunan dapat diraih menerusi sikap tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain menjamin kesejahteraan negara.
Katanya, meraikan perayaan semua kaum dalam suasana yang harmoni dan keharmonian masyarakat ini merupakan kunci kepada kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia sedari dahulu hingga kini.
Teruskan Membaca“Tidak dapat dinafikan, semua bangsa dan agama di Malaysia ini ada peranan mereka yang tersendiri dalam pembangunan dan ketamadunan manusiawi di negara kita, begitu juga masyarakat Tionghua,” katanya.
Beliau memberi reaksi demikian ketika hadir menyantuni barisan peniaga Persatuan Peniaga dan Penjaja Jalan Alor Kuala Lumpur sempena Majlis Perasmian Tanglung Sempena Tahun Baharu Cina pada Rabu.
Baca juga: Rehat sekejap di 5 destinasi eko pelancongan menarik, no.5 lokasi paling popular
Baca juga: Selain Israk Mikraj, berikut 7 tarikh penting dalam kalendar Islam
“Tidak dapat dinafikan, semua bangsa dan agama di Malaysia ini ada peranan mereka yang tersendiri dalam pembangunan dan ketamadunan manusiawi di negara kita, begitu juga masyarakat Tionghua,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Dalam pada itu, Zaliha telah berjaya merasmikan tanglung yang dipasang di sepanjang Jalan Alor khususnya bagi memeriahkan lagi sambut Tahun Baharu Cina yang akan menjelang beberapa hari lagi. — KL Viral