KENTUCKY Fried Chicken (KFC) Syarikat Kanada mengumumkan seluruh cawangan di negara tersebut bakal berstatus halal menjelang akhir 2024 dalam satu kenyataan pada 8 Julai 2024.
Syarikat itu turut memaklumkan bakal melancarkan ayam yang diperakui halal di seluruh restoran KFC cawangan Ontario tidak termasuk Thunder Bay dan Ottawa.
Teruskan Membaca“Inisiatif ini adalah bukti komitmen kami untuk menyediakan pilihan menu yang pelbagai dan inklusif untuk semua pelanggan kami.
“Antara langkah yang kami ambil bagi pelancaran ini adalah dengan memastikan semua produk ayam adalah diperakui Halal termasuk tetapi tidak terhad kepada ayam bahagian tulang, ayam tender, ayam popcorn, sandwic, ayam bahagian sayap, dan lain-lain.
“Produk yang mengandungi daging babi turut dihentikan di semua lokasi KFC tetapi tidak termasuk pertubuhan yang dijenamakan bersama syarikat makanan Taco Bell.
“Kami turut bekerjasama dengan pembekal Halal seperti Maple Lodge Farms rumah jenama Halal Kanada, Zabiha Halal yang mempunyai pengalaman halal yang lama dalam menyampaikan produk-produk Halal kepada masyarakat Islam tempatan dalam melatih kakitangan restoran Ontario mengenai prosedur operasi Halal,” jelasnya.
KFC turut menyatakan pelancaran Halal Ayam yang disahkan boleh didapati di restoran KFC di Ontaro itu yang sudah bermula sejak 15 Mei lalu dan diikuti seluruh Kanada menjelang akhir tahun nanti.
Baca juga: