Pengumuman kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan kepada RM500 per tan mulai harı ini, khabar paling gembira buat pesawah di Kedah, negeri yang diberi jolokan jelapang padi.
Sebeium itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan SSHP berkenaan yang merupakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara.
Teruskan Membaca“Peningkatan subsidi sebanyak RM140 itu diunjur membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion setahun, adalah satu-satunya kenaikan subsidi itu sejak kenaikan terakhir diumumkan kira-kira 25 tahun lalu.
“Pengumuman itu akan menyaksikan pesawah negara ini memperoleh RM1,700 bagi satu tan pengeluaran padi, bermula hari ini, yang bermatlamat meringankan beban pesawah, ia adalah bagi menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi dalam kalangan pesawah,”.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Majlis Sentuhan Agromadani Peringkat Negeri Perak di Dewan Kerian Lermai.
Menyentuh isu yang sering menjadi rungutan pesawah iaitu berkenaan pemotongan pemutuan beras (padi) basah, Anwar berkata, kerajaan akan mengawal keadaan itu dengan melatih pegawai Jabatan Pertanian untuk ditempatkan khusus di kilang padi.
“Ia supaya pengilang swasta tak potong beras basah ikut selera mereka, sebaliknya kena ada syarat tertentu. Berdasarkan perundangan, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) terpaksa beli beras basah (selaku pembeli akhir) kalau orang tak mahu beli dari pesawah, jadi Bernas kena membelinya,” katanya.