Terkini

Malaysia-Turkiye bakal tingkat bantuan kemanusiaan ke Gaza

MALAYSIA dan Turkiye senada untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perbualan dengan rakan sejawatnya, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan melalui panggilan telefon pada Isnin bersempena sambutan Eid Mubarak

Mengulas lanjut perbualan itu Anwar berkata, Erdigan turut berkongsikan pengalamannya dalam menyatakan kebimbangan serta protes kepada pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada Sidang Kemuncak G7 di Itali yang dihadirinya, baru-baru ini.

Kedua-dua pemimpin turut menyatakan harapan agar hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh.

“Kesempatan yang ada juga kami gunakan untuk mengulangi komitmen dalam mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara kedua-dua negara,” katanya di laman Facebook.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut memaklumkan telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada petang Isnin.

Susulan itu Malaysia dan Pakistan mengambil pendirian untuk terus menyatakan sokongan terhadap Palestin serta kebebasan negara tersebut daripada cengkaman rejim Zionis.

“Kami turut merancang untuk bertemu di Islamabad dalam masa terdekat agar hubungan kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan,” katanya.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top