Agong lantik lima ahli baru Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

Lima ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) telah dilantik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 9 Oktober 2023 hingga 8 Oktober 2026.

Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaras dengan peruntukan Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu Akta 694.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?