KECOH di laman sosial apabila beberapa pengguna berkongsi pengalaman mencemaskan melibatkan seorang lelaki mencurigakan di kawasan Tamarind Square, Cyberjaya.
Warganet menyuarakan kebimbangan terhadap tingkah laku lelaki tersebut yang didakwa sering mengikuti wanita dan mencetuskan rasa tidak selesa.
Teruskan MembacaAmaran ini mula tular selepas akaun X, Malaysiaviralll memuat naik hantaran bersama gambar lelaki berkenaan, disertai kapsyen.
“Red alert! Orang perempuan sila extra berhati-hati kalau jumpa lelaki ni kat area Cyberjaya. Ni kalau dapat buat urine test dulu, lain macam muka cengkung dia,” kata kapsyen tersebut.
Dalam ruangan komen, seorang pengguna, Lydia, berkongsi detik cemas sewaktu dia hampir menjadi mangsa gangguan.
“Saya kenal lelaki ni. Dulu masa saya balik kerja malam-malam, dia tegur saya. Ingatkan nak minta tolong ke something, tapi dia minta nombor phone. Memang saya tak bagi. Dia ajak borak, tapi masa tu memang dah takut. Saya cakap nak gerak, tapi dia ikut dari belakang.
“Saya minta seorang makcik di situ pura-pura kenal saya. End up, dia (lelaki tersebut) pergi. Makcik tu baik sangat, dia hantar saya balik. Masa tu badan saya menggigil takut.”
Seorang lagi pengguna Facebook, Nur Ainna, turut berkongsi pengalaman serupa dalam kumpulan Cyberjaya Community.
Dia menekankan bahawa lelaki berkenaan sering dilihat di kawasan sekitar Tamarind Square dan BarBaBros, terutama pada waktu malam.
“Kawan sekerja dah banyak kali perasan dia ikut perempuan dari belakang. Semalam pun dia ikut kawan saya sampai eMart.
“Buat masa ni dia memang tak buat apa-apa, tapi dia mencurigakan. Berhati-hati semua,” kata Ainna dalam hantaran tersebut.
Amaran ini menjadi peringatan kepada orang ramai, terutamanya wanita, agar sentiasa peka dengan persekitaran dan segera mencari bantuan jika berada dalam situasi mencurigakan. — KL Viral
Baca juga: