Permainan Monopoly Go merupakan permainan terbaharu yang menjadi kegilaan ramai pada ketika ini. Permainan ini sangat menyeronokkan kerana anda boleh ‘merompak’ wang rakan-rakan di samping menjadi pengumpul pelekat digital yang rare.
Ramai yang telah muat turun permainan ini kerana sedang hype dan tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya. Namun begitu, ia telah menarik perhatian selepas seorang pengguna maya dari platform media sosial X berkongsi bahawa permainan tersebut rupa-rupanya berpangkal di Israel.
Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi tangkap layar bahawa Monopoly Go sebenarnya berpangkal di Israel. Difahamkan, ada antara cawangannya di Timur Tengah, ada kemungkinan Israel juga salah satu dari cawangannya.
Dikongsikan juga Monopoly Go dicipta oleh syarikat Scopely di cawangan Israel dan Itamar Peled merupakan salah seorang kingmaker idea kepada Monopoly Go.
Itamar Peled yang berasal dari Tel Aviv bekerja di dalam syarikat Scopely cawangan Israel sebagai Ketua Kewangan. Permainan Monopoly Go ini sememangnya tercetus daripada pemuda yang berasal di Tel Aviv dan dibangunkan di negara berkenaan.
Selepas ia tular, ramai yang terkejut dan mula curiga terhadap permainan berkenaan. Ada yang berpendapat ini adalah agenda yahudi supaya umat Islam leka bermainnya.