JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sedang menyiasat kemunculan dakwaan penyamar yang menyamar sebagai pegawai jabatan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Menerusi dua buah video yang tular di laman sosial, ia dirakam di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 yang menunjukkan seorang individu yang bertanya kepada penyamar tersebut mengapa dirinya mengambil pasport daripada pengembara asing itu.
Teruskan MembacaKatanya, dia sedang membantu pengurusnya memeriksa pasport pengembara berkenaan dan ketika perakam bertanya adakah dia merupakan pegawai Imigresen, penyamar tersebut terus mengarahkannya untuk pergi daripada tempat tersebut.
Namun, perakam tersebut berjaya berjumpa dengan pengurus yang turut menyamar sebagai pegawai tersebut dan meminta perakam berkenaan untuk tidak mengganggu mereka yang sedang ‘mencari makan’.
Susulan video tular tersebut, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya telah memulakan siasatan berhubung perkara itu dan mengatakan dakwaan tersebut amat membimbangkan kerana ia mencemarkan imej jabatan.
“Saya telah mengarahkan siasatan dijalankan dan dalangnya dikenal pasti,” katanya.
Selain pihak Imigresen, Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) turut membuat laporan kepada polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya. — KL Viral
Baca juga: