Terkini

Cemburu dipercayai motif 2 lelaki dan seorang wanita bergaduh

TIDAK ubah seperti babak ‘drama pukul 6’, insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki dan seorang wanita yang tular di media sosial dipercayai bermotifkan cemburu.

Kejadian pergaduhan tersebut berlaku di Petronas Bukit Indah, Taman Bukit Indah, Johor pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Iskandar Puteri, Ibrahim Mat Som berkata, hasil siasatan didapati kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada sifat cemburu.

“Permohonan reman dilakukan terhadap suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Video pergaduhan melibatkan dua lelaki dan seorang perempuan telah tular di media sosial yang berdurasi 46 saat memaparkan suspek yang bertindak memukul seorang lelaki dan seorang perempuan lalu menarik rambut perempuan tersebut.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top