PEMPENGARUH media sosial Nisha Ezzati atau lebih dikenali sebagai Nisha samperit mendakwa dirinya diugut bunuh oleh seorang individu bernama Siti Zulaiha pada 3 Jun lalu.
Nisha menyatakan dirinya sudah membuat laporan polis berkenaan ugutan bunuh yang diterima ditujukan kepada dirinya dan keluarga.
Teruskan Membaca“Dan sekarang saya masih di balai sebab takut nak balik rumah. Tak pernah kena ugut bunuh sebelum ni. Rasa macam nak pitam sebab takut and rasa gelisah sangat.
Nisha menyatakan Zulaiha merupakan seorang pesakit mental yang menghidap Maniac dan Bipolar serta tujuan utamanya membuat laporan polis agar beliau dimasukkan ke hospital segera atas faktor bimbang individu terbabit akan melakukan sesuatu luar jangkaan.
“Sekali lagi, saya mengingatkan bahawa saya tidak mahu dia di penjara. Saya nak dia dimasukkan ke hospital. Saya secara jujurnya nak dia sihat meskipun dia menghantar ugutan bunuh kepada peguam dan keluarga saya.
“Jangan risau kawan-kawan, saya tidak terjejas secara mental atau emosi dengan perkara baru-baru ini yang dia katakan tentang saya. Saya sihat dari segi mental, Alhamdulillah kerana saya selalu mengambil ubat dan tidak pernah terlepas temu janji doktor.
“Saya mempunyai suami tersayang di sebelah saya dan keluarga serta rakan-rakan yang menyokong dan mengambil berat di sekeliling saya,” ujarnya menerusi satu hantaran di laman X.
Menurut Nisha, sebagai seseorang yang melalui penyakit mental yang sama mengakui ianya memang sukar namun ubat memainkan peranan penting dalam proses pemulihannya.
Sekitar 5 Jun, Siti Zulaiha membuat sesi siaran langsung menerusi aplikasi instagram dengan menyatakan beliau tidak akan memohon maaf kepada Nisha dan dalam yang sama memberi amaran kepada pengikut-pengikut Nisha untuk berhenti mengganggu dirinya.
Siti turut menyatakan ketika ini dirinya dalam persiapan perkahwinan bersama bakal suaminya
Baca juga :