Oleh: Haikal Tajuddin
SETIAP kata-kata yang dilontarkan sememangnya akan melambangkan persepsi orang ramai untuk menilai perwatakan seseorang.
Teruskan MembacaItulah yang kini dihadapi oleh pempengaruh Tiktok yang juga merupakan usahawan pencuci mulut, Siti Nur Khalieda Yusri atau lebih dikenali ramai sebagai Kieda Crepe, yang tidak putus-putus dikaitkan dengan pelbagai kontroversi berkaitan tingkah laku dirinya.
Baru-baru ini, ibu kepada dua orang anak yang berusia 27 tahun itu telah menerima komen atau teguran daripada pemilik akaun @nfarrah yang mendakwa inti durian yang diisi adalah lebih sedikit berbanding custard di dalam makanan yang dijualnya.
Pemilik akaun tersebut juga dipercayai telah memberi teguran bahawa pelanggan-pelanggan sememangnya mahukan rasa isi durian lebih daripada custard di dalam crepe durian yang dijual.
Namun, Keida menyalahkan individu tersebut kerana memilih kedainya malah dia menyarankan individu tersebut untuk pergi ke kedai durian yang sebenarnya sekiranya ingin menikmatinya.
Akibat dianggap tidak boleh menerima teguran, Kieda tidak lari dengan kecaman warganet yang mendakwa tingkah laku tersebut sebagai kurang beradab.
“Attitude fail. Lepastu, cakap orang nak jatuhkan perniagaan dia,” komen Noralisza Daud.
“Tidak boleh teguran pelanggan, macam ini lah jadinya,” tambah Mat Buntal.
“Berlagaknya jawab, cuba kau jawab elok-elok sikit. Hari itu ada orang makan, siap bagi 2/10 sahaja untuk durian crepe,” komen Ayu Othman.
Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang mendakwa, perangainya itu menjadi punca pelanggan kurang untuk berkunjung ke kedainya lagi. — KL Viral
Baca juga: