Biduanita kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekali lagi buat rakyat Malaysia bangga! Kali ni, beliau berjaya memikat hati Presiden China, Xi Jinping dan semua orang semasa buat persembahan khas di majlis makan malam rasmi kat Putrajaya.
Video persembahan Siti yang tengah tular sekarang ni tunjuk detik penuh magik bila beliau nyanyi lagu klasik Mandarin dengan penuh penghayatan sampai Presiden China pun nampak teruja.
“Saya dapat mesej dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek lepas persembahan tu. Katanya nyanyian saya sangat mengesankan. Suami saya pun terima banyak mesej dari kawan-kawan dia yang hadir malam tu semua cakap lagu Mandarin tu saya bawa dengan sangat baik,” kongsi Siti dengan senyuman.
Siti ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran CTDK Holding dan Yayasan Nurjiwa di One World Hotel, Bandar Utama, Sabtu lepas.
Peminat pun ramai puji, kagum macam mana Siti boleh deliver lagu Mandarin sefasih tu. Memang power!