PELAKON dan penerbit, Sheila Rusly mencuri tumpuan ramai berikutan perkongsiannya yang memaparkan dia sekeluarga berada di sebuah masjid bagi menemani teman wanita anaknya Luth Mikhail, untuk memeluk agama Islam.
Menerusi video tersebut kelihatan kesemua mereka yang mengenakan pakaian berwarna hitam sedang duduk sambil menjadi saksi bakal menantu Sheila iaitu Beatrice Chitra mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.
Teruskan MembacaTidak dapat menahan sebak, Beatrice atau lebih mesra dengan panggilan Bea menitiskan air mata selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah.
Sementara itu, Sheila dan suami, Jinggo meluahkan rasa syukur atas hidayah yang dikurniakan Allah SWT.
Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut beremosi menyaksikan detik indah ini selain mengakui tidak sabar menantikan penyatuan antara Luth dan Bae.
“Masya-Allah, cantiknya. Sebak pula tengok video ini, Semoga awak dan keluarga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah,” kata pelakon, Nurkhiriah.
“Ya Allah, cantik sungguh aturan Allah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Mika, Aunty Ina (Zarina) doakan berkekalan hingga ke Jannah,” kata pelakon, Zarina Zainuddin.
“Alhamdulillah, sebak tengok video ini. Tahniah Luth Mikhail,” tulis pelakon, Dayana Roza.
Baca juga: