Pernah dikhianati dalam perkahwinan terdahulu, selebriti Bella Astillah mengakui akan lebih berhati-hati dalam soal cinta selepas pengalaman pahit yang dilaluinya.
Baru-baru ini, ketika melakukan siaran langsung di TikTok untuk mempromosikan produk kosmetiknya, ibu tunggal kepada dua anak itu sempat berseloroh ketika memperkenalkan lip tint keluarannya yang dinamakan Loyal.
Teruskan Membaca“Hanya setia kepada orang yang betul,” katanya sebelum ketawa kecil, seolah-olah menyindir pengalaman dirinya sendiri.
Perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai daripada pengikutnya, yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut serta mendoakan Bella bertemu dengan pasangan yang lebih menghargainya kelak.
Tidak kurang juga yang menyedari nada tersirat dalam kata-kata Bella, mengatakan bahawa meskipun dia ketawa, masih jelas kelihatan kepahitan yang tersimpan di hatinya.
Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Namun, mereka bercerai pada 13 Jun tahun lalu selepas beberapa kali berdepan kemelut rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5.
Bella juga dikatakan semakin rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Hubungan mereka mencuri perhatian ramai selepas beberapa video dan foto mesra mereka tular di media sosial, namun kedua-duanya belum mengesahkan status sebenar hubungan mereka.