Dunia hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelakon legenda, Jalil Hamid. Allahyarham yang berusia 68 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.30 tengah hari Isnin ketika sedang tidur.
Perkhabaran sedih itu disahkan sendiri oleh anaknya, Afiqah, menerusi satu hantaran di Instagram yang menyentuh hati ramai.
Teruskan MembacaDifahamkan, Allahyarham sebelum ini mempunyai masalah jantung. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.
Sepanjang perjalanan seni, Jalil Hamid bukan nama biasa. Lakonan beliau cukup hidup, penuh jiwa, dan sentiasa meninggalkan kesan kepada penonton. Dari watak serius hingga komedi, semuanya dibawakan dengan begitu natural, sebab itu beliau kekal sebagai antara figura ikonik industri.
Pemergian ini memang terasa. Satu kehilangan besar buat dunia seni tempatan. Namun, karya dan legasi yang ditinggalkan pasti akan terus hidup dalam ingatan peminat dan rakan industri.
Al-Fatihah.
















