Terkini

PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Pertahanan India

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh yang mengadakan lawatan ke sulungnya Malaysia. 

Kedua-dua pemimpin bertukar pandangan

Dalam pertemuan di Perdana Putra, Putrajaya, Anwar dan Rajnath saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perdana Menteri turut mengambil maklum memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Kementerian Pertahanan Malaysia dan India untuk menilai semula kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Kerjasama itu termasuk meneroka inisiatif baharu dalam bidang pertahanan bagi mengukuhkan lagi hubungan.

Terdahulu, Rajnath yang memulakan lawatan kerja ke Malaysia semalam, mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya Mohamad di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Perbincangan dengan rakan sejawatan dari Malaysia itu bertujuan untuk ‘menilai semula kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara dan meneroka inisiatif baharu’ bagi mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pertahanan dua hala.

Kedua-dua pemimpin turut akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama,

“India dan Malaysia mementingkan keamanan dan kemakmuran di seluruh rantau. Kedua-dua negara demokrasi itu mempunyai hubungan yang kukuh dan pelbagai yang telah berkembang merangkumi beberapa bidang strategik, termasuk pertahanan dan keselamatan,” kata Rajnath menerusi satu kenyataan.

-AA

 

Pelbagai

Scroll to Top