PENYANYI, Wong Ling Ling atau lebih dikenali sebagai Ling Ling telah tersingkir dari satu program realiti televisyen Korea Selatan ‘I-LAND’ musim kedua, pada Khamis.
Sebelum ini, Ling Ling mengejutkan peminat-peminat tempatan apabila beliau merupakan wakil pertama negara yang bakal berentap di ‘I-LAND 2’.
Teruskan MembacaProgram tersebut merupakan satu realiti program yang diterbitkan oleh Mnet, dan dianjurkan oleh Belift Lab dengan bantuan siaran antara syarikat hiburan CJ ENM dan HYBE yang mengisahkan siri pertandingan realiti kumpulan wanita Korea Selatan.
Seramai 23 orang ditempatkan di satu bangunan, berlatih bersama dan hanya beberapa orang sahaja yang akan dipilih untuk membarisi pasukan akhir seperti edisi I-LAND yang lalu, dimana mana tujuh daripa program tersebut telah dipilih untuk debut sebagai Enhypen dalam persembahan akhir pada 18 September 2020.
“Malangnya saya tidak dapat ke bahagian 2 I-LAND, tetapi saya sangat berterima kasih dan menghargai semua sokongan yang saya terima daripada anda semua, terima kasih banyak -banyak,” ujarnya menerusi satu ucapan akhir selepas disingkirkan.
Rata-rata netizen mengutuk perbuatan MNET di laman X yang dikatakan berat sebelah sejak dari awal program itu berlangsung dan tidak memberikan skrin masa kepada penyanyi berasal dari Klang, Selangor itu.
“Sayang Ling Ling, saya sangat bersyukur menjadi salah sorang peminat kamu. Anda telah menjadi sumber kebahagiaan harian saya. Tolong jangan berputus asa ya.
“Saya sangat bangga dengan awak, saya akan menunggu awak dengan sabar. saya akan sentiasa menyayangi dan menyokong awak alicia wong lingling,” ujar dearkkumi.
“Jangan panggil kumpulan debut sebagai kumpulan global lagi kerana tiada siapa yang boleh mewakili ‘global’ di dalam program itu. Hanya kumpulan Korea dan lingling, bagus lingling awak selamatkan diri awak daripada wakeone. Keputusan yang bijak,” ujar babybread_innie.
Baca juga: